Thursday 5 January 2012

Perkhidmatan percetakan kami

Assalamualaikum... 
Harap semuanya sihat walafiat. Di sini saya nak brief sikit (wahh kemain!) mengenai perkhidmatan percetakan yg saya tawarkan. Pendekkan cerita, syarikat kami ni cetak dan design bahan-bahan yg berasaskan kertas dan juga yg bukan berasaskan kertas. Contoh utk yg berasaskan kertas ialah kad perniagaan atau org panggil name card, flyers, pamphlet, kalendar, paper bag, buku bil ataupun org kg saya panggil business document, kad kahwin, tag terima kasih dan lain-lain. Banyak kot yg berasaskan kertas.

Kalau yg bukan berasaskan kertas pulak...eh yg ni pun nak bgtau jugak? Takpe2 saya bgtau ^^
Contoh tersenang mestilah kain rentang atau banner/bunting dan juga t-shirts.

Syarikat kami ada menyediakan perkhidmatan melakar grafik atau servis men'design' artwork bagi semua bahan-bahan yg boleh dicetak. Jadi tak perlu risau tentang hal tu. Tapi kalau anda rasa anda nak sediakan sendiri artwork berkenaan hmm..lagi senang! Tak perlu saya spam email anda semua untuk dapatkan confirmation tentang design. He he he!

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment