Produk dan Perkhidmatan

Assalamualaikum WBT kepada yang follow blog saya, yg baru jumpa blog saya dan juga yg masih tercari² blog yg menyediakan perkhidmatan percetakan dalam talian. Kami menyediakan perkhidmatan percetakan berasaskan kertas; daripada name card, flyer, tq card, sticker, banner/bunting dan lain². Dari kegunaan persendirian untuk majlis² hari jadi, pertunangan, perkahwinan sehingga ke kegunaan rasmi untuk syarikat dan pejabat. Gambar² produk akan kami update dari semasa ke semasa. Masih lagi berusaha ke arah itu memandangkan kami menjalankan perniagaan secara dalam talian & juga luar talian. Dalam proses untuk mengukuhkan perniagaan kami dengan mewujudkan sebuah kedai induk untuk kemudahan semua pelanggan dari pelbagai peringkat umur. Al-maklumlah bukan semua orang ada talian internet dan tak semua jugak ada banyak masa nak mengadap komputer ni kan... Jika ada sebarang masalah mungkin anda tak jumpa dengan apa yang dicari berkaitan apa yang kami tawarkan, silalah rujuk dengan kami. InsyaAllah kami akan sedaya upaya membantu. Terima kasih!

No comments:

Post a Comment