Friday 13 January 2012

So many things to do, so little time

Assalamualaikum!

Banyaknya benda yg nak dibuat dalam waktu yg singkat ni :(
Kebanyakannya tempahan yg nak dihantar awal Februari, hari ni dah berapa haribulan woi!!! Fokus, fokus!

Sempat-sempat jugak saya nak selitkan design kad kahwin yg agak 'in' sekarang ni iaitu bertemakan kartun. Syomel kan? Hee.. Jadi sila la buat tempahan dgn saya, insyaAllah harga terbaik saya tawarkan (*_^)

KKDR-1

KKDR-2

 KKDR-3

KKDR-4

 
KKDR-5

KKDR-6
 
KKDR-7



Saturday 7 January 2012

Personalised Yaasin, Al-Ma'thurat & Zikir Harian

Assalamualaikum semua!



Yasin & Tahlil
Tema: Hijau Epal


Al-Ma'thurat & Surah-surah pilihan
Tema: Purple & putih

Friday 6 January 2012

Mudah, cepat & jimat

Assalamualaikum!

Anda rasa nak tempah business card utk perniagaan anda atau nak cetak t-shirt persatuan kolej/universiti tapi tak ada masa? Pening lagi memikirkan duit minyak, nak kena tersangkut dalam traffic jem! Arghh tak boleh tahan... Jangan risau, biar kami yg selesaikan masalah anda!
Kita kan dah zaman millennium sekarang, semuanya boleh buat hujung jari je. Asalkan kena ada komputer & line internet..haa..semua kerja boleh settle dalam 5 minit. Kenapa? Tak percaya ke pun? Hehehe.


Apa perlu anda buat kalau nak tempah produk/perkhidmatan kami?
1. Sila call kami di nombor yg tertera. Tanyala nak tanya apa pun insyaAllah akan kami cuba jawab.
2. Boleh jugak hantar email ke alamat mel yg kami sediakan. Kami akan berikan respon dalam masa 24 jam.
3. Kami akan sediakan sebut harga mengikut permintaan.
4. Bila dah dapat pengesahan mengenai artwork/design utk tempahan anda, kami akan hantarkan invoice. Kami mengamalkan syarat pembayaran 100% tapi kalau anda nak buat bayar deposit dan selebihnya sebelum atau selepas penghantaran pun boleh jugak. Semuanya atas budi bicara dan kepercayaan kedua-dua belah pihak (pihak ye bukan keluarga..eh2 melalut pulak! ish3)
5. Selepas pembayaran anda kami terima, barulah proses percetakan bermula dan bila dah siap kami akan hantar menggunakan POSLAJU atau SKYNET bergantung pada kesenangan anda untuk terima tempahan tersebut kelak.
6. Bila anda dah terima tempahan tersebut, harap dapatla inform kami. Jika tidak, kami akan just assume yg anda dah terima tempahan anda :D
7. Itu sahaja, sekian terima kasih! Jadi tunggu apa lagi?

Thursday 5 January 2012

Perkhidmatan percetakan kami

Assalamualaikum... 
Harap semuanya sihat walafiat. Di sini saya nak brief sikit (wahh kemain!) mengenai perkhidmatan percetakan yg saya tawarkan. Pendekkan cerita, syarikat kami ni cetak dan design bahan-bahan yg berasaskan kertas dan juga yg bukan berasaskan kertas. Contoh utk yg berasaskan kertas ialah kad perniagaan atau org panggil name card, flyers, pamphlet, kalendar, paper bag, buku bil ataupun org kg saya panggil business document, kad kahwin, tag terima kasih dan lain-lain. Banyak kot yg berasaskan kertas.

Kalau yg bukan berasaskan kertas pulak...eh yg ni pun nak bgtau jugak? Takpe2 saya bgtau ^^
Contoh tersenang mestilah kain rentang atau banner/bunting dan juga t-shirts.

Syarikat kami ada menyediakan perkhidmatan melakar grafik atau servis men'design' artwork bagi semua bahan-bahan yg boleh dicetak. Jadi tak perlu risau tentang hal tu. Tapi kalau anda rasa anda nak sediakan sendiri artwork berkenaan hmm..lagi senang! Tak perlu saya spam email anda semua untuk dapatkan confirmation tentang design. He he he!

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2012!

Alhamdulillah akhirnya! Walaupun setelah beberapa kali batal atau kata lain takmo buat akaun dgn blogspot ni, akhirnya saya tetapkan pendirian untuk buat jugak dengan niat saya nak cuba pasarkan perkhidmatan saya atau dlm omputihnya 'service' yg saya tawarkan.

Kalau ada kawan-kawan di luar sana (my future client...cewahh) yg nak cuba perkhidmatan printing yg saya tawarkan ni, bolehlah berbuat demikian eh! InsyaAllah harga murah-murah lagi berpatutan saya kasi...ngeee! Tambah lagi servis terbaik saya tawarkan. Kena la cuba dulu kemudian anda decide sendiri macam mana. Deal?! Hamboii... :D