Monday, 23 July 2012

Projek Menjahit

Projek ni bermula bila saya tak ada tempahan percetakan ataupun design grafik perlu disediakan. Jadi untuk mengisi masa lapang dan nak hilangkan bosan tahap dewa tu saya pun mulalah cari fabrik, search dalam you tube video menjahit untuk beginner mcm saya ni. Jadi sejak dari itu bermulalah segala-galanya...


Zippered Pouch / Kotak serbaguna berzip

Dengan rasa rendah diri, saya nak kongsikan lah hasil jahitan yg saya anggap 'menjadi' walaupun jahit-menjahit ni bidang yg masih baru bg saya... Minat tu ada cuma lambat nak mula sebab Mr. 'M' tu sgt menguasai diri. Tehehee... 

Fabrik yg digunakan sebagai bahagian luar & lining.
Kedua-duanya 100% cotton. 


Dah berjaya jahit zip pada satu bahagian. Masih struggle utk teruskan pada bahagian seterusnya. 


Yeay! Inilah hasilnya :)
Suka sebab berjaya jahit zip. Susah tu bg beginner mcm saya ni.... 


Taddaaa!!! Dah siap!
Nampak 'lembik' sbb pandai sgt bereksperimentasi dgn kain cotton. Hehe.
Kalau nak lebih kukuh dinasihatkan guna lining mcm felt, denim atau flannel. 





Pencil Case with Felt Lining


 Inilah hasilnya...

Bahagian dalam. 
Nampak lebih kukuh sebab bahagian lining tu saya guna felt. 





Lepas ni insyaAllah saya akan teruskan usaha untuk menjahit. Walaupun hasil takdela hebat mcm yg jual kat shopping complex atau blog terkenal tapi saya akan sentiasa belajar dan terus belajar! Mungkin di masa akan datang saya nak cuba buat Wristlets, Tote bag, Pouch bag, dll... InsyaAllah jika diizinkan olehNya... :)

Kenapa saya tak pernah upload gambar tempahan?

Kenapa? Aduhai saya pun tak pastila...
Selalu yg berlaku ialah saya tak sempat nak upload pastu bila dah prepare semua pulak lupa nak ambik gambar! Abih tu cmana nak update semua tempahan yg saya dah siapkan? Huwaaa :'(

Takpa² mulai dari hari ni walaupun saya mcm cakap2 sorang dlm blog ni, saya akan disiplinkan diri untuk sentiasa update semua tempahan yg diterima. InsyaAllah...

Jadi sebagai permulaan, saya nak upload gambar tempahan untuk: 

BUSINESS CARD 260gsm Spot UV+Matt Lamination
Kuantiti: 100pcs



Kemudian saya juga sudah menyiapkan tempahan untuk:

FLYER 105gsm Art Paper + double side coated
Kuantiti: 500pcs




Tuesday, 10 July 2012

T-SHIRT 9GAG

Eksklusif t-shirt 9GAG!!!
Dapatkan hanya di galeridimensi.blogspot.com




Harga: RM39.90
Saiz: S, M, L, XL
Warna: Putih, Hitam, Royal Blue, Melange

Harga: RM39.90
Saiz: S, M, L, XL
Warna: Putih, Hitam, Royal Blue, Melange



Harga: RM39.90
Saiz: S, M, L, XL
Warna: Putih, Hitam, Royal Blue, Melange

Thursday, 5 July 2012

Silkscreen Printing T-shirt

Assalamualaikum.

Jom cetak t-shirt anda dengan harga yg berpatutan dan gerenti puas hati. Anda cuma perlu bgtau kami beberapa detail mengenai tempahan anda:

1. Email, Nama & No. Tel
2. Kuantiti
3. Design (jika ada)
4. Material baju (cotton, microfibre, dll)
5. Bila nak guna (due date)

Kemudian baru kami boleh berikan sebut harga dan email kepada dalam tempoh masa 24 jam.


Material: 100% Cotton
Kuantiti: 17 helai (15 dewasa, 2 kanak-kanak)
Cetakan: Blok saiz A4 (2 warna)
Saiz: S, M, L, XL, XXL, XXXL















Silkscreen T-shirt 
Cub Club Sri Lipis
Material: TC Cotton
Kuantiti: 14 helai 

Untuk tempahan yang satu ini kami cuma diberi lakaran gambar yang dilukis dengan pensil sahaja dan memang agak mengambil masa sebab pihak kami kena design semula sebab nak masukkan dalam blok printing. Memang agak complicatef tetapi Alhamdulillah kami berjaya melaksanankannya...

Bahagian hadapan

 Bahagian belakang
Design yang sama tetapi saiz A3

 Tadaa.. Inilah hasilnya...!


p/s: Beberapa design/tempahan baju yg diterima akan saya upload dari semasa ke semasa. Mana yg tak sempat tu, ampun dan maaf dipinta ^^

Monday, 2 July 2012

Thank You Tags

Scallop OR Circle Shape Tag


Akhirnya... Dah lama jugak berangan nak post pasal scallop tag ni tapi konon²nya hold dulu sebab tak konfiden lagi nak ambik tempahan dgn orang ramai (acekununnya..!) Tapi lepas inspired by banyak blogger lain yg kebanyakannya berjaya buat side income dari scallop tag ni so saya pun dengan bangganya nak bgtau yg mulai dari hari ini saya juga bersedia (senang diri!!! tehehe..) mengambil tempahan anda sekalian ^^


Specifications:
SIZE: Diameter 2.5 inches
MATERIAL: 
1. 230 @ 260gsm Art Card Paper
2. Sticker Paper
FINISHING: Gloss / Matt Lamination 
MINIMUM ORDER: 50 pieces



:: Please email us and request for quotation if you want a different size of scallop / circle shape thank you tags ::















p/s: Artwork designs will be upload from time to time. Thank you for your patience.